BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 1, 2013

~ volume dan nada ~ !!!!!


salam isnin ^_^ buat kite . . moga dalam rahmat Allah hendaknya . . ape tajuk post ni???? volume dan nada??? kenape dengan tajuk ni??? =) smile dulu kejap . . senyum ni penyejuk hati . . huhu . . senyum dekat orang dikira sedekah, n senyum sorang-sorang bagus untuk kesihatan hati . . tenang je. . hehehe volume dan nada ni selalunye berkaitan dengan suara . . xkiralah time bercakap dengan orang ke, time dok sorang- sorang ke . . kite sepatutnye kawal nada n volume tu supaya bertepatan dengan keperluan . . cakap biar elok-elok . . xpayah kot nak cakap kasar-kasar . . kawal nada suara biar tidak disalah anggap oleh pendengar . . sebab adakalanya, pendengar ni, seorang yang sensitif . . dia aka rasa macam tengah ditengking walaupun mungkin pada pemikiran pen'cakap', dy xtengking pun sebenarnya . . n kadang-kadang nada tu jugak melambangkan kita hormat atau x kepada seseorang tu . . volume suara pulak, xpyah nak tinggi-tinggi sangat kalo pendengar berada pada jarak yang dekat dengan kita . . sebab sedia maklum pendengar itu belum pekak =) . . kalo berada pada jarak yang jauh, kuatkan sedikit volume tu . . tapi lagi elok kite pergi dekat ngan orang tu, n cakap kat dia . . kan lebih manis . . =) heheh . . entry kali ni cam bajet pengkritik plak kan . . tapi tu la realiti yang berlaku sekarang . . : . peringatan untuk si pemilik blog jugak ^^ . :

Saturday, March 30, 2013

~ cakap memang senang ~

:. Assalamualaikum .: dah lame cik empunya blog usang ni xupdate post2 baru kan . . huhu . . ntah la . . malas nak post . . agpun, bukannye ade info-info yang best pun . . hehe tapi kali ni ade nak cakap sikit . . REALITI . . perasan x, kadang-kadang, kite pernah cakap.... " kalo xpuas hati ape-ape,o nak tegur kat mane-mane, cakap depan-depan . . aku terime . . " tapi sebenarnye, kadang-kadang kite xboleh nak terime pun bile orang tegur kite secara berdepan . . n kadang-kadang, kite jugak tarik muke dengan orang yang menegur tu . . seolah-olah kite xdapat nak terime teguran die tu . . walhal, kite sendiri yang nak macam tu . . jom sama-sama muhasabah diri . . aku juga manusia yang sering melakukan kesilapan . . keep smiling ^^~

Wednesday, March 7, 2012

^ ^ Diari Mesir 08 Mac 2012 ^ ^

>< assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ><

alhamdulillah.. sakit tekak aku hari ni lebih baik daripada semalam.. aku bersyukur sangat-sangat.. = ) tapi rase sakit tu still ade la.. moga aku cepat sembuh.. aminn..

tetibe ari ni aku rase rindu plak kat bumi Jordan.. teringat kenangan and tempat-tempat kat sana.. huhu.. kali ni, aku nak upload gambar kat Jordan.. tanda rindu aku yang teramat sangat..

ni gambar kat Mazar.. kat sini ada makam Jaa'far bin Abi Talib n lain-lain..






ni plak pandangan jalan nk ke Karak dari atas..






ni time g Qal'ah Salahudin Al-Ayubi.. cantik sangat.. walaupun dah lebih beratus tahun umur kubu ni, tapi still teguh n kuat.. jangan terkejut kalo aku gtau yang kubu ni dibina diatas gunung, n kalo xsilap aku la kan, kubu ni nampak cam ditebuk kat gunung tu.. huhu.. pendapat aku la~








ada lagi gambar-gambar lain.. nanti la aku upload.. buat masa sekarang ni, aku nak tunjuk yang diatas ja dulu k.. heheh..

Tuesday, March 6, 2012

; . Diari Mesir 07 Mac 2012 . ;



.. my tekak is S.A.K.I.T =.='

. : ni lah padahnye bile winter2 camni, cari penyakit.. tetibe hati and my perut ni teringin sangat nak makan aiskrim (mentang-mentang la aiskrim kat bumi Anbiya' ni murah-murah n sedap-sedap..nyum2).. boleh dikatakan dalam seminggu tu, banyak kali kot aku makan aisrim tu... wuuuuu~~~~~ T_T

. : tapi diam-diam tau, my mum n dad tak tau sal ni.. kalo diorang tau, mesti kene marah (coz sakit tekak aku ni cam teruk sebab dah berdarah n sakit giler bile aku telan ape-ape : even air.. and of course la my voice is so sexy... : p ).. gatal sangat nak makan.. hehe..

. : betapa sakitnya tekak di saat ini.. nak minum.. makan.. telan liur.. sakit sangat.. sampai ke telinga rasa.. waktu camni baru la aku bersyukur sangat dengan nikmat sebelum ni.. sebelum ni makan, minum, bercakap selesa sesangat.. sikit pun aku tak terfikirkan keadaan kalo sakit.. huhu.. bila jadi camni, aku muhasabah diri balik.. Allah bagi aku keselesaan banyak sangat.. dah terlalu lama aku menikmati hidup dengan baik.. tanpa ada sakit.. and sekarang ni, aku diuji..

ada orang lain lagi teruk diuji berbanding dengan aku.. aku cuma diuji sedikit, xpatut kalo aku nak mengeluh.. kalo diuji banyak pun, jangan mengeluh.. anggap itu semua ujian dan tarbiah dari Allah untuk hambaNya.. Allah tak bagi ujian padahambaNya kalo hambaNya xmampu.. Allah bagi berdasarkan kemampuan hambaNya.. lagipun Allah uji ni tanda Allah nak kita ingat padaNya.. Dia nakkan kita bermanja denganNya (dengan meminta pertolongan dan mengadu kepadaNya).. : )

so, kalo ditimpa ujian tu, banyak-banyakkanlah bersabar ya..ada orang lain yang diuji lagi berat dan banyak daripada kita.. kalau xmampu and rasa xkuat sangat, senyum pun dah kire ok.. : )



= . = please pray for me.. lot of love~~

Thursday, February 23, 2012

:. DIARI MESIR .:

:. 23 Februari 2012 .:

masih lagi di Mesir..di Hayyu Ashir, Kaherah..serabut dan pilu kurasakan..perlu memilih satu daripada dua pilihan..samada untuk batalkan tiket flight ke Malaysia yang telah di 'booking' dan membeli tiket baru dengan harga yang mahal ataupun stay dulu di Mesir sampai tarikh keramat 10 April 2012..kalau aku batalkan tiket flight yang dah di'booking' tu,aku kena bayar gantirugi..mahal..aku rasa nak stay dulu.. tapi aku nak merempat kat mana kalau tak balik..someone help!!!!

sedih sangat..tak tau camna nak buat keputusan..tak tau nak gitau mak and abah camna..everything is so complicated..penat menangis..tapi still xda penyelesaian..lantas gatal je jari jemari aku pos kat my facebook sal kesedihan ni..and then, my friend who is in Egypt too message me and give these wonderful words..enough to calm my sadness..

Hamba: Ya Allah.. Janganlah Engkau tinggalkan aku dan jangan biarkan aku sendirian.

Allah s.w.t.:

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ

“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu..” [Al-Baqarah: 152]

Hamba: Ya Allah.. Aku sedang mengalami keperitan dan menghadapi kesusahan yang amat banyak dalam hidupku.

Allah s.w.t.:

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).” [At-Talaaq: 2]

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْراً

“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.” [At-Talaaq: 4]

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْراً

“Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan (menggandakan) pahala balasannya.” [At-Talaaq: 5]

Hamba: Ya Allah.. Berikan daku peluang dan harapan.

Allah s.w.t.:

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً

“(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” [As-Syarh: 6]

Hamba: Ya Allah.. Aku mempunyai banyak impian dan cita-cita, justeru aku mahu impian dan cita-cita aku menjadi kenyataan.

Allah s.w.t.:

ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” [Al-Mukmin: 60]

Hamba: Ya Allah.. Banyak manusia menyakitiku.

Allah s.w.t.:

فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ

“Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka..” [A-li'Imraan: 159]

Hamba: Ya Allah.. Aku sering dilanda kesunyian, sepi keseorangan.

Allah s.w.t.:

وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya..” [Qaaf: 16]

Hamba: Ya Allah.. Betapa banyaknya dosaku terhadap-Mu.

Allah s.w.t.:

وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ اللّهُ

“Dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah..” [A-li'Imraan: 135)

>>jngan sdih2 na,syum wlaupun sdih, bnyak lg org yg dtimpa ujian lg hbat dr kita..tabahkan hti..doa bnyak2 kt mesir bumi anbiyak ni,yakin slalu ngan Allah,caiyok

:. at that moment, i think a bit..i had commit a lot of sins..and that logic why Allah duga aku camni..sebab aku pernah dengar orang cakap setiap ujian yang Allah timpakan dekat kita adalah kifarat dosa-dosa kita yang terdahulu..lagipun aku sedar aku dah jauh ngan Allah..aku lalai..alpa..lagha..even benda yang aku cakap taknak buat dah,aku still buat balik..apa punya makhluk la aku ni kan..xbersyukur dengan nikmat yang Allah bagi..aku sentiasa kufur dengan nikmat yang ada..and aku harap dosa-dosa aku Allah ampunkan..aku nak jalani dugaan ni dengan penuh tabah..aminnnn..

:. aku rasa ujian yang Allah berikan terlalu berat bagiku..but actually there is someone who dapat ujian yang lagi berat dari aku..aku bersyukur diuji camni..chillax..kadang-kadang aku terfikir jugak napa la dalam banyak-banyak orang, aku yang Allah pilih untuk diuji..tapi kawan aku messages me and give a lot of conciousness to me..dia sedarkan aku tentang kenapa Allah uji aku..terima kasih Allah sebab hadiahkan aku kawan yang baik yang menyedarkan aku..

she said : Allah uji ko sbb Allah syg ko
Allah uji 2 sbb dia tahu ko blh hadapinye
bkn dia nk susahkan hidup ko
dia nk mematangkan ko
utk mudah ko hadapi masalah2 akan datang yg lebih susah
nie pun 1 nikmat
suma manusia x lari dr masalah
tp just be relax
n dngn relax ko dpt buat keputusan yg logik n terbaik

:. aku bertuah..masih ada nyawa..
:. aku bertuah..masih diberi ujian..tanda Allah masih disisi aku..bukti Dia menyayangi aku..
:. aku bertuah..dapat merasai nikmat diuji..
:. aku bertuah..aku bertuah..

:. Allah.. Allah.. Allah.. bantulah aku.. ampunilah aku.. aku khilaf.. .:

Thursday, December 29, 2011

..mak n ayah vs anak-anak..

assalamualaikum pembace.. korang sihat?? anem harap korang sihat sejahtera.. aminn.. =)

kadang-kadang dalam sedar atau pon tidak, kate-kate kite banyak melukakan hati n perasaan ibu bape kite.. ape jenis anak laa kite ni kan.. huhuu.. tapi korang perasan x, walaupun ibu bape kite terase hati ngan kite, seboleh-bolehnya diorang xnak langsung kite tahu.. diorang simpan je dalam hati..

teruskan membace entry anem kali ni, and then korang fikir sejenak betol ataupon x..

♥ Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat..
♥ Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu..
♥ Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang..
♥ Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai..

... :: Bila hati kita terguris, kita kata ..." Mak memang tak pernah faham... "
:: Bila hati kita terhiris, kita kata ..." Ayah memang tak ambil kisah... "

TETAPI...

♥ Bila hati mak kita terguris, mak kata ..." Tak apa , dia masih muda... "
♥ Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata ... " Tak mengapa , belum sampai akalnya."

♥ Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki...
♥ Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...

♥ Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal...
♥ Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga...

#Maka, hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia

Anak yang soleh tidak akan melupakan ibu bapanya hatta di hujung
doanya , maka perbanyakkanlah berdoa kepada mereka...

"mak, ayah.. anem mintak ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki.. halalkan makan dan minum anem selama ni.. halalkan jugak setiap titis susu mak yang anem dah minum.."

ya ALLAH.. ampunilah aku.. aku manusia yang khilaf..

Wednesday, December 28, 2011

..how to make a simple and gorgeous tiramisu.. =)

assalamualaikum korang... korang sihat x?? anem harap korang sumer sihat.. aminn... =)

pade entry kali ni, anem nak ajar korang camner nak buat kek tiramisu yang sangat mudah dan sedap.. anem belajar buat kek tiramisu ni kat jordan.. baru-baru ni.. alhamdulillah menjadi.. huhuu.. tapi sebelum tu, korang tau kan pe tu kek tiramisu??? jangan buat-buat x tahu plak k.. kalo xtahu pon, buat-buat tahu je la eh.. hehee..

antara bahan-bahan yang korang perlukan ialah :

1) kek swiss roll perise coklat(dipotong bulat-ketebalannye, ikut citarasa korang)
2) cheese (cap ape pon xpe-tapi bukan yang keping-keping tu tau)
3) susu segar
4) gule
5) esen vanilla (sket je)
6) krim
7) serbuk koko (bancuh ngn air suam-jangan pekat sangat)
8) milo o ovaltin ataupon yang sewaktu dengannya
9) topping cream (untuk hiasan-ade o xde xpe je)
10) yogurt (yang xde perise)

mule-mule, korang masukkan cheese, yogurt, krim, susu (masukkan sedikit demi sedikit-jangan terlalu banyak takut t cair), gula n esen vanilla di dalam bekas tin (kene gune tin coz t nak buat double boiling). and then, kacau sampai semuanya bercampur.. pastu korang didihkan air dal periuk, bile air dah mendidih, korang masukkan bekas yang mengandungi campuran semua bahan tadi.. tapi kene hati-hati, jangan sampai air masuk dalam bekas tu pulak.. kacau sampai cheese tadi betul-betul cair and x berketul-ketul..

pade mase yang same, kek swiss roll yang dah korang potong-potong tadi, korang celupkan dalam bancuhan serbuk koko and susun dalam bekas (cam tupperware ke, talam ke, tapi make sure tinggi la eh ^^ ).. susun rapat-rapat tau.. jangan ade ruang yang luas.. takat ruang kecik-kecik tu boleh je..

then, tuangkan campuran cheese atas kek swiss roll yang telah disusun tadi.. ratakan.. tabur serbuk milo o ovaltine atas campuran tu.. pastu korang celupkan lagi kek swiss roll tadi and susun atas campuran cheese yang korang tuang tadi.. jangan tekan.. just letak je kek tu rapat-rapat.. pastu tuang lagi campuran cheese tu atas kek.. ratakan.. tabur serbuk milo o ovaltine tadi.. siap!!!!

last sekali korang masukkan tiramisu tersebut dalam peti ais.. pastu dah boleh makan.. nyum-nyum.. =)

moral : ni adalah salah satu hikmah anem datang jordan ni.. kalo xdatang, memang sampai bila-bila pon anem takkan pandai buat kek ni.. =)biase laa.. anak kesayangan emak kan.. huhuu..



nampak x gambar atas ni?? kalo korang buat betol-betol ikut instruction yang anem bagi, insyaAllah kek tiramisu korang akan jadi cam gambar ni.. gud luck!!!!

k lah.. salam sayang dari anem buat sumer pembace.. tata..