:. 23 Februari 2012 .:
masih lagi di Mesir..di Hayyu Ashir, Kaherah..serabut dan pilu kurasakan..perlu memilih satu daripada dua pilihan..samada untuk batalkan tiket flight ke Malaysia yang telah di 'booking' dan membeli tiket baru dengan harga yang mahal ataupun stay dulu di Mesir sampai tarikh keramat 10 April 2012..kalau aku batalkan tiket flight yang dah di'booking' tu,aku kena bayar gantirugi..mahal..aku rasa nak stay dulu.. tapi aku nak merempat kat mana kalau tak balik..someone help!!!!
sedih sangat..tak tau camna nak buat keputusan..tak tau nak gitau mak and abah camna..everything is so complicated..penat menangis..tapi still xda penyelesaian..lantas gatal je jari jemari aku pos kat my facebook sal kesedihan ni..and then, my friend who is in Egypt too message me and give these wonderful words..enough to calm my sadness..
Hamba: Ya Allah.. Janganlah Engkau tinggalkan aku dan jangan biarkan aku sendirian.
Allah s.w.t.:
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ
“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu..” [Al-Baqarah: 152]
Hamba: Ya Allah.. Aku sedang mengalami keperitan dan menghadapi kesusahan yang amat banyak dalam hidupku.
Allah s.w.t.:
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً
“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).” [At-Talaaq: 2]
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْراً
“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.” [At-Talaaq: 4]
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْراً
“Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan (menggandakan) pahala balasannya.” [At-Talaaq: 5]
Hamba: Ya Allah.. Berikan daku peluang dan harapan.
Allah s.w.t.:
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
“(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” [As-Syarh: 6]
Hamba: Ya Allah.. Aku mempunyai banyak impian dan cita-cita, justeru aku mahu impian dan cita-cita aku menjadi kenyataan.
Allah s.w.t.:
ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” [Al-Mukmin: 60]
Hamba: Ya Allah.. Banyak manusia menyakitiku.
Allah s.w.t.:
فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ
“Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka..” [A-li'Imraan: 159]
Hamba: Ya Allah.. Aku sering dilanda kesunyian, sepi keseorangan.
Allah s.w.t.:
وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya..” [Qaaf: 16]
Hamba: Ya Allah.. Betapa banyaknya dosaku terhadap-Mu.
Allah s.w.t.:
وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ اللّهُ
“Dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah..” [A-li'Imraan: 135)
>>jngan sdih2 na,syum wlaupun sdih, bnyak lg org yg dtimpa ujian lg hbat dr kita..tabahkan hti..doa bnyak2 kt mesir bumi anbiyak ni,yakin slalu ngan Allah,caiyok
:. at that moment, i think a bit..i had commit a lot of sins..and that logic why Allah duga aku camni..sebab aku pernah dengar orang cakap setiap ujian yang Allah timpakan dekat kita adalah kifarat dosa-dosa kita yang terdahulu..lagipun aku sedar aku dah jauh ngan Allah..aku lalai..alpa..lagha..even benda yang aku cakap taknak buat dah,aku still buat balik..apa punya makhluk la aku ni kan..xbersyukur dengan nikmat yang Allah bagi..aku sentiasa kufur dengan nikmat yang ada..and aku harap dosa-dosa aku Allah ampunkan..aku nak jalani dugaan ni dengan penuh tabah..aminnnn..
:. aku rasa ujian yang Allah berikan terlalu berat bagiku..but actually there is someone who dapat ujian yang lagi berat dari aku..aku bersyukur diuji camni..chillax..kadang-kadang aku terfikir jugak napa la dalam banyak-banyak orang, aku yang Allah pilih untuk diuji..tapi kawan aku messages me and give a lot of conciousness to me..dia sedarkan aku tentang kenapa Allah uji aku..terima kasih Allah sebab hadiahkan aku kawan yang baik yang menyedarkan aku..
she said : Allah uji ko sbb Allah syg ko
Allah uji 2 sbb dia tahu ko blh hadapinye
bkn dia nk susahkan hidup ko
dia nk mematangkan ko
utk mudah ko hadapi masalah2 akan datang yg lebih susah
nie pun 1 nikmat
suma manusia x lari dr masalah
tp just be relax
n dngn relax ko dpt buat keputusan yg logik n terbaik
:. aku bertuah..masih ada nyawa..
:. aku bertuah..masih diberi ujian..tanda Allah masih disisi aku..bukti Dia menyayangi aku..
:. aku bertuah..dapat merasai nikmat diuji..
:. aku bertuah..aku bertuah..
:. Allah.. Allah.. Allah.. bantulah aku.. ampunilah aku.. aku khilaf.. .:
Thursday, February 23, 2012
:. DIARI MESIR .:
Posted by nurul hanim at 3:56 AM 0 comments
Thursday, December 29, 2011
..mak n ayah vs anak-anak..
assalamualaikum pembace.. korang sihat?? anem harap korang sihat sejahtera.. aminn.. =)
kadang-kadang dalam sedar atau pon tidak, kate-kate kite banyak melukakan hati n perasaan ibu bape kite.. ape jenis anak laa kite ni kan.. huhuu.. tapi korang perasan x, walaupun ibu bape kite terase hati ngan kite, seboleh-bolehnya diorang xnak langsung kite tahu.. diorang simpan je dalam hati..
teruskan membace entry anem kali ni, and then korang fikir sejenak betol ataupon x..
♥ Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat..
♥ Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu..
♥ Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang..
♥ Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai..
... :: Bila hati kita terguris, kita kata ..." Mak memang tak pernah faham... "
:: Bila hati kita terhiris, kita kata ..." Ayah memang tak ambil kisah... "
TETAPI...
♥ Bila hati mak kita terguris, mak kata ..." Tak apa , dia masih muda... "
♥ Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata ... " Tak mengapa , belum sampai akalnya."
♥ Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki...
♥ Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...
♥ Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal...
♥ Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga...
#Maka, hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia
Anak yang soleh tidak akan melupakan ibu bapanya hatta di hujung
doanya , maka perbanyakkanlah berdoa kepada mereka...
"mak, ayah.. anem mintak ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki.. halalkan makan dan minum anem selama ni.. halalkan jugak setiap titis susu mak yang anem dah minum.."
ya ALLAH.. ampunilah aku.. aku manusia yang khilaf..
Posted by nurul hanim at 10:30 AM 0 comments
Wednesday, December 28, 2011
..how to make a simple and gorgeous tiramisu.. =)
assalamualaikum korang... korang sihat x?? anem harap korang sumer sihat.. aminn... =)
pade entry kali ni, anem nak ajar korang camner nak buat kek tiramisu yang sangat mudah dan sedap.. anem belajar buat kek tiramisu ni kat jordan.. baru-baru ni.. alhamdulillah menjadi.. huhuu.. tapi sebelum tu, korang tau kan pe tu kek tiramisu??? jangan buat-buat x tahu plak k.. kalo xtahu pon, buat-buat tahu je la eh.. hehee..
antara bahan-bahan yang korang perlukan ialah :
1) kek swiss roll perise coklat(dipotong bulat-ketebalannye, ikut citarasa korang)
2) cheese (cap ape pon xpe-tapi bukan yang keping-keping tu tau)
3) susu segar
4) gule
5) esen vanilla (sket je)
6) krim
7) serbuk koko (bancuh ngn air suam-jangan pekat sangat)
8) milo o ovaltin ataupon yang sewaktu dengannya
9) topping cream (untuk hiasan-ade o xde xpe je)
10) yogurt (yang xde perise)
mule-mule, korang masukkan cheese, yogurt, krim, susu (masukkan sedikit demi sedikit-jangan terlalu banyak takut t cair), gula n esen vanilla di dalam bekas tin (kene gune tin coz t nak buat double boiling). and then, kacau sampai semuanya bercampur.. pastu korang didihkan air dal periuk, bile air dah mendidih, korang masukkan bekas yang mengandungi campuran semua bahan tadi.. tapi kene hati-hati, jangan sampai air masuk dalam bekas tu pulak.. kacau sampai cheese tadi betul-betul cair and x berketul-ketul..
pade mase yang same, kek swiss roll yang dah korang potong-potong tadi, korang celupkan dalam bancuhan serbuk koko and susun dalam bekas (cam tupperware ke, talam ke, tapi make sure tinggi la eh ^^ ).. susun rapat-rapat tau.. jangan ade ruang yang luas.. takat ruang kecik-kecik tu boleh je..
then, tuangkan campuran cheese atas kek swiss roll yang telah disusun tadi.. ratakan.. tabur serbuk milo o ovaltine atas campuran tu.. pastu korang celupkan lagi kek swiss roll tadi and susun atas campuran cheese yang korang tuang tadi.. jangan tekan.. just letak je kek tu rapat-rapat.. pastu tuang lagi campuran cheese tu atas kek.. ratakan.. tabur serbuk milo o ovaltine tadi.. siap!!!!
last sekali korang masukkan tiramisu tersebut dalam peti ais.. pastu dah boleh makan.. nyum-nyum.. =)
moral : ni adalah salah satu hikmah anem datang jordan ni.. kalo xdatang, memang sampai bila-bila pon anem takkan pandai buat kek ni.. =)biase laa.. anak kesayangan emak kan.. huhuu..
nampak x gambar atas ni?? kalo korang buat betol-betol ikut instruction yang anem bagi, insyaAllah kek tiramisu korang akan jadi cam gambar ni.. gud luck!!!!
k lah.. salam sayang dari anem buat sumer pembace.. tata..
Posted by nurul hanim at 1:25 PM 0 comments
Tuesday, December 27, 2011
kawen awal?????
salam semua.. korang sihat x?? anem da something nak share ngan korang ni.. hihii.. saje nak tambahkan pengetahuan kite bersame.. ni pasal kawen awal.. menarik kan??? nak tau lebih lanjut, jom kite bace same-same hasil copy paste anem dari blog orang lain..
kepade tuan punye blog, minta halal ye.. =) moga Allah rahmati tuan punye blog selalu.. aminn..
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
huhuu.. aminn ya rabbal a'lamin.. best kan entry kali ni..
mood : hati anem berbunga-bunga bahagia..
Posted by nurul hanim at 4:18 PM 0 comments
~~..renungan bersama..~~ :)
assalamualaikum semua.. korang sihat?? anem harap korang semua sihat.. aminnn.. =)
Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen..…Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti.Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka.
Si isteri : Abang,nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi.
Si suami : Untuk apa semua itu
Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya
Si suami : Emmm…Baiklah
Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni.Untuk malam ni saja.
Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur di
ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing
Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamanya. 3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut..
Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun
dalam diam ada hati yang terluka..
Si isteri : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti.
Si suami : Tidak mengapa sayangku..Bacalah. ..
Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya.
Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya.
Si isteri : Sekarang giliran abang pula..
Si isteri berdebar-debar menunggu, Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya,
Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini.. Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang.
Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang. Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG…….
Si isteri tidak terkata apa-apa….Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada. Si isteri menangis di dada suaminya.. Memohon keampunan..
..sadis tak cerite kat atas ni?? huhuu... anem kesian la plak dekat si suami tu.. die punye la sayang kat wife n terima semua kekurangan wife die.. tup-tup, wife die plak yang serba serbi xpuas hati..
so, nasihat anem kat korang n diri anem sendiri, terimalah orang yang mencintai kite seadanye.. tambah-tambah plak bile si die da jadik suami kite kelak.. pe kekurangan die, kite tolong sempurnakan.. jangan jadik cam wife dalam cerite kt atas ni.. mujur laa hubby die redha dengan pe yang die gitau.. klo x, hmm.. xcium bau syurge la wife tu.. huhuu.. hormatilah suami anda.. klo masih bujang, jeng jeng jeng.. hormatilah kedua ibu bapa anda.. tanpa mereka, siapalah anda.. =)
end of this story : bile anem nk kawen ni.. huhuu.. miss u a lot..
Posted by nurul hanim at 3:10 AM 0 comments
Monday, December 26, 2011
10 petanda jodoh.. =)
PERINGATAN!!!!!!
ni bukan anem reka tau.. ni anem copy je.. huhuu.. kesahihan artikel ini xdapat dikenal pasti sama ade betol ataupon tidak.. pembace jangan percaya sangat dengan artikel ni.. just untuk hiburan n pengetahuan kite bersame je.. selamat membace.. =)
Sweet Hearts
Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud :
"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir.Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.![]()

Love Quotes
Posted by nurul hanim at 8:27 AM 0 comments
..injection!!!!!ohh...my blood.... :3
assalamualaikum pembace.. anem harap pembace sihat.. insyaAllah... =)
actually, anem da cerite baru tau nak kongsi ngan pembace sume.. huhu.. ni citer sal kitorang berlime (anem, yang, su, ain n ana).. kitorang kene inject tau minggu lepas.. wuuu... tau tak nape kene inject???
untuk amik darah le.. nak buat visa lagi dua bulan.. anem pelik la.. nak buat visa pon kene amik darah ke.. hishh.. kalo x amik xleh???? mujur sebotol kecik je.. bukan sebeg.. klo x, mau tumbang anem kat klinik tu.. musykil betol.. huhuu.. punye la anem gabra sampai berpeluh-peluh walaupun sekarang ni musim sejuk.. buat malu je.. huhu.. kawan-kawan anem pon ape kurangnya.. penakut gak diorang.. huhuu.. tapi bila berlime ni, ketakutan tu berkurang sikit.. thanks korang..
sebelum g amik darah tu, anem ade mesej mak gtau nak g amik darah.. mak pesan, pas amik darah, kene minum susu banyak-banyak.. ntok tambah balik darah anem yang doktor amik tu.. huhu.. so, sekarang ni, tiap-tiap hari la anem minum susu.. pagi n malam.. ntah kenape la.. anem rase susu kat sini sedap plak..nyum nyum.. so, anem xkisah la sangat kene minum hari-hari pun.. =)
pas kene inject, kitorang g syurtah (balai polis la lebih kurang) untuk amik cap jari.. abeh hitam sepuluh jari.. huhuu.. tapi anem xkisah pon.. biarlah jari hitam pon, asalkan dapat visa n xdapat status pendatang tanpa izin.. =) 

ni je gambar kat syurtah tu yang anem ade.. kalo time amik darah tu ada gambar kan best.. huhuu.. so, sekarang ni kitorang dah dapat visa.. boleh la g jalan-jalan merate ag kat jordan ni..
k lah pembace ye.. entry kali ni sampai sini je.. xde bende la anem nak tulis.. biase la.. menulis ni bukan hobi.. =)
salam sayang..
Posted by nurul hanim at 6:39 AM 0 comments






